13 Julai 2009

Program Anak Angkat Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009









Bermula pada 6 hingga 10 Julai KPM dan JPNP telah menganjurkan satu program untuk Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan. Bertempat di Kuala Medang K Lipis program ini disambut dengan perasmian dan disusuli persembahan sewang dari murid SK Lanai. Atas permintaan pengarah SK Lanai diberi penghormatan untuk mempersembahkan tarian sewang di majlis perasmian di dewan K Medang. Pada hari Rabu pula, SKL telah dipilih untuk mengendalikan aktiviti dan sukaneka di Kg Pantos. Antara aktiviti yang dipersembahkan ialah demontrasi masak nasi dalam buluh, bakar ubi kayu dan menyumpit. Para tetamu dan jemputan diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana nak membuatnya. Pelbagai acara juga turut dipertandingkan dalam acara sukaneka antaranya sudu pingpong, belon air dan bowling kelapa. Tidak ketinggalan acara rebut gula2 turut diadakan. Apa pun meriah lah dan yang penting misi berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan