30 Mac 2009

Sambutan Maulidurrasul 1430h





Pada 11hb Mac yang lepas SK Lanai telah menganjurkan satu aktiviti kegiatan agama iaitu Sambutan Maulidurrasul 1430H/2009. Dengan penglibatan semua murid serta warga kerja SK Lanai, sambutan ini menjadi bertambah meriah dengan perarakan membawa sepanduk melawat ke Kampung Pantos. Sambil melaungkan selawat dan bernasyid semua berarak memperingati sejarah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pengisian menjadi lebih bermakna dengan ditambahkan lagi pertandingan selawat dan bernasyid, mewarna dan ceramah ringkas. Semua semua dapat menghayati segala maksud dan tujuan sambutan ini diadakan

28 Mac 2009

Welcome to SK Lanai

Slide 1
Sebelum ini Pos Lanai lebih dikenali dengan nama Pos Dicson. Nama “Dicson” diambil sempena nama seorang pegawai tentera British yang ditugaskan di kawasan berkenaan. Selepas itu, nama Pos Dicson akhirnya ditukarkan kepada Pos Lanai. Pada awal era 70-an, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah mengambil inisiatif mewujudkan sebuah sekolah bagi pendidikan awal kanak-kanak untuk tahap satu sahaja. Pada peringkat awal, sekolah ini diuruskan oleh JHEOA. Setelah hampir 25 tahun berlalu, pada Disember 1995 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih operasi sekolah ini sehingga sekarang.
Pada Mei 2003 Sekolah Kebangsaan Lanai telah berpindah ke lokasi baru yang terletak di Kampung Pantos iaitu kira-kira 2 jam perjalanan dari lokasi asal di Kampung Lanai. Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 diwajibkan untuk menginap di asrama sekolah bagi mengatasi masalah gejala ponteng sekolah. Lebih daripada 50 peratus murid adalah beragama Islam.
Sebelum tahun 2008 laluan pengangkutan utama ke sekolah adalah melalui pengangkutan air dan darat. Walau bagaimanapun jalan darat hanya boleh dilalui dengan menggunakan pacuan empat roda menyusuri jalan balak. Pada tahun 2008, kerajaan telah menyiapkan laluan bertar dari Kuala Medang ke SK Lanai, walau bagaimanapun ianya dijangka disiapkan sepenuhnya menjelang tahun 2010. Sumber bekalan air bersih diambil dari punca air bukit manakala bekalan elektrik dijana oleh generator diesel dan panel solar.
Slide 1
Enrolmen tenaga penggerak bagi sekolah ini adalah terdiri daripada 14 orang guru dan dibantu oleh empat orang kakitangan sokongan.
Sejajar dengan visi dan misi sekolah, diharapkan pada masa hadapan agar Sekolah Kebangsaan Lanai boleh menjadi pemangkin kepada perubahan status sosial masyarakat asli di sini khususnya dan negara amnya setanding dengan masyarakat luar selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan negara kita.



Terima Kasih kerana sudi melawati kami.