28 Mac 2009

Welcome to SK Lanai

Slide 1
Sebelum ini Pos Lanai lebih dikenali dengan nama Pos Dicson. Nama “Dicson” diambil sempena nama seorang pegawai tentera British yang ditugaskan di kawasan berkenaan. Selepas itu, nama Pos Dicson akhirnya ditukarkan kepada Pos Lanai. Pada awal era 70-an, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah mengambil inisiatif mewujudkan sebuah sekolah bagi pendidikan awal kanak-kanak untuk tahap satu sahaja. Pada peringkat awal, sekolah ini diuruskan oleh JHEOA. Setelah hampir 25 tahun berlalu, pada Disember 1995 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih operasi sekolah ini sehingga sekarang.
Pada Mei 2003 Sekolah Kebangsaan Lanai telah berpindah ke lokasi baru yang terletak di Kampung Pantos iaitu kira-kira 2 jam perjalanan dari lokasi asal di Kampung Lanai. Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 diwajibkan untuk menginap di asrama sekolah bagi mengatasi masalah gejala ponteng sekolah. Lebih daripada 50 peratus murid adalah beragama Islam.
Sebelum tahun 2008 laluan pengangkutan utama ke sekolah adalah melalui pengangkutan air dan darat. Walau bagaimanapun jalan darat hanya boleh dilalui dengan menggunakan pacuan empat roda menyusuri jalan balak. Pada tahun 2008, kerajaan telah menyiapkan laluan bertar dari Kuala Medang ke SK Lanai, walau bagaimanapun ianya dijangka disiapkan sepenuhnya menjelang tahun 2010. Sumber bekalan air bersih diambil dari punca air bukit manakala bekalan elektrik dijana oleh generator diesel dan panel solar.
Slide 1
Enrolmen tenaga penggerak bagi sekolah ini adalah terdiri daripada 14 orang guru dan dibantu oleh empat orang kakitangan sokongan.
Sejajar dengan visi dan misi sekolah, diharapkan pada masa hadapan agar Sekolah Kebangsaan Lanai boleh menjadi pemangkin kepada perubahan status sosial masyarakat asli di sini khususnya dan negara amnya setanding dengan masyarakat luar selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan negara kita.



Terima Kasih kerana sudi melawati kami.

9 ulasan:

  1. takde ke gambar masa dulu-dulu. jalan ikut hutan. tolak motor jatuh tergolek. he..he..he..

    BalasPadam
  2. masa dulu-dulu wat pe. deme 2 sape dok rotan budak sampai berdarah

    BalasPadam
  3. asyik2 gambar budak kecik 2. gambar bekas pahlawan lanai tak de ker. kome pun dulu-dulu duk dalam utan tu juga. naik motor tunggang terbalik. apapun tahniah ada blog sendiri. sampai ketepun tersangkut dalam longkang

    BalasPadam
  4. ust. Lan yang hensem tambahlah ruang untuk catting ker ape ker. leh wat se ruang borak2 lagi best.

    BalasPadam
  5. rotan budak sampai berdarah tak per,,budak ikut aper yang di ajar..bukan budak pijak kepala kita..budak naik lemak..budak dah jadi tak reti bahasa...buang sana,buang sini...korek sana..korek sini...dulu2 tak der jadi cam nie nyer...agak2 lahh

    BalasPadam
  6. alhamdulillah lah ustaz lan 2 hensem....... tp kehenseman 2 takkkan kekal lama...cause ianya hny pinjaman dr ALLAH SWT...KEHENSEMAN DUNIA JER

    BalasPadam
  7. tahi lalat dkt pipi yg membuatkan ustaz lan hensem

    BalasPadam
  8. APA NIE ASYIK CITER USTZ LANZS JE....CITER LAIN LAH PLAK....BOSAN TAU TAK.

    BalasPadam
  9. bile mase budak kene rotan sampai berdarah...jgn wat fitnah...nanti dalam kubur ko yang kene rotan sampai hancur baru tau...

    BalasPadam