22 Mei 2009

Sambutan Hari Guru Meriah





Sama macam kat sekolah luar SKL turut mengadakan majlis sambutan khas untuk guru2. Sungguh pun tak sehebat di luar, di sini turut mengukir satu memori indah buat guru2. Bersama2 beriadah menghiburkan hati yang selalu berduka. Menambahkan keletihan badan yang telah sedia letih akibat setiap masa bekerja. Apa2 pun terhibur dan seronok, duaronok dan beronok-ronok lah juga. Bertambah menarik apabila bersukaneka. Acara lain dari yang lain, Jejak Bertapak - berkongsi kasut melangkah mengikut jumlah lontaran dadu.... memang syadis.. pediiiihh kakiku Kumpulan 3 menang. Acara Sambut Basah - together-gether memenuhkan air ke dalam botol mineral dengan hanya menggunakan span.... hujan tidak ribut tidak tau2 basah... syiokkkk sejukkkk.Acara Comot yang Comel - mengambil barang dalam tepung guna mulut.... putih muka yang sedia putih... beruban rambut dia.. masin lak tepung arkhhhh tuiii. Acara Loceng Kakiku Pecah - Memecah belon orang lain sambil menjaga belon sendiri.. jahat nyer... apa yang penting kerja sama....pemenang nya? macam biasa lah tak lain dan tak bukan.... :) . Acara berpasangan semakin jauh semakin sayang - sambut teluuur dan Acara terbuka bowling ragbi - jatuhkan botol mineral guna bola ragbi.... sekali lontar 5 jatuh....memang bedung la tangan tu. Apa2 pun yang banyak terima hadiah Sabri juga. Yang paling basah Sabri juga....he..he.. akhirnya pecah telur dia. Tidak dilupakan sejarah tercipta apabila permulaaanya dimulakan tarian ponco2 dan berakhir tarian sewang dan nyayian lagu hari guru dan lagu baru SK Lanai... apa2 pun you all the best la. bagus bagus....sayang you all

17 Mei 2009

Selamat Menyambut Ulang tahun Kelahiran...


Januari - Zanarihan dan Sabri
Februari - Rosmaini , Anas dan M Nadzri
Mac - Tg Azwadi
April - Zailan
Mei - Suriyani

14 Mei 2009

Buat Cikgu....



Apabila tiba bulan Mei sahaja kebanyakkan guru pasti mengingati tarikh yang bermakna bagi mereka iaitu 16 Mei. Hari apa? Hari Guru. Berbeza dengan hari lain Hari guru merupakan hari khas dipilih untuk memberi penghargaan kepada guru-guru. Segala pengorbanan dan sumbangan guru amat bermakna sekali hinggalah ke hari ini. Sungguh pun ia nya seorang Perdana Menteri semuanya bermuda dari Guru.

Begitu juga SKL tak lupa pada tarikh tersebut Guru yang mengajar BM, Pend Seni dan lain-lain lagi tidak melepaskan peluang untuk memberi ruang kepada muridnya untuk meluahkan rasa tarima kasih kepada guru mereka. Atas inisiatif guru memberi peluang kepada murid untuk mendedikasikan dan melakarkan kad ucapan masing-masing. Syabas dan Tahniah guru SKL.

baguuuuuss...

12 Mei 2009

catatan hari nii.......

Hari ini seperti biasa SKL meneruskan rutin pembelajaran di kelas. Walaupun pada hari semalam dikunjungi oleh pegawai wakil dari IAB dan Takaful Ikhlas, para guru dan kakitangan masih tetap bertugas. Cuaca pada waktu ini pun tak menentu kadang kala panas terik kadang kala hujan pulak. Prestasi dan mood murid pun begitu juga sekejap ok lama yang tak oknya. Nak suruh menulis buku lak takde pensel lak hilang what ever je... bikin hangin satu badan. Biasa... Cikgu tetap dengan tugasnya mengajar dan mendidik. Tau-tau ada pulak yang menangis .... Cikgu tolong ada budak menangis ada orang buat dia.... so cikgulah kena tengok dan tolong. Emmm.. bengkak lak jari dia, cikgu jugalah pegi cari ubat dan settelkan. Dah selesai Cikgu terus ke kelas meneruskan tugasnya..
Cikgu nak ke tandas.... pegila jawab cikgu. Selang beberapa minit something happened.....
Bergegas Cikgu ke sebelah... ternampak seakan tompok pisang yang cair. Cikgu cuba menjejak.. akhirnya ke tandas. Tiba-tiba uwweeek....! Cikgu tak tahan rupa-rupanya ada budak cacoh... bermula dari kelas sampai ke tandas.. penuh di seluar. Sape yang kena wat? Cikgu le.... Cikgu.. cikgu... oh cikgu.... Selamat hari Guru cikgu.....

04 Mei 2009

Selamat Pengantin Baru

Wedding of the year..... baru2 ni dengar cite ada warga Lanai membuat majlis walimatulurus. Siapa yek? senyap-senyap je tau-tau dah duduk atas pelamin. Bahagianya hidup.. dengar citer nye nyesal kahwin tu ke? haaaa.... ni mesti menyesal kahwin lambat ha.. ha.. ha... Eh mana gambar kahwinye? Bila nak bawa masuk ke Lanai ni.. tak sabar nak ajak ikut aktiviti ni.
Bertuah nya badan. Dapat isteri, ada yang lain tu dapat kete baru je.... sape??? tapi ok la tu.. yang kami ni asyik dapat keje..keje..keje.. bila nakabis daa... apa-apa pun jaga lah molek-molek, be happy don't lazy-lazy ha.... congratulation

Menunggu Lampu Hijau