Habis je majlis israk mikraj kitaorang pun lepak2 lepaskan tension.... cool kan keadaan. nampak lak buah durian, so wat pe agi? makan le... buka durian buat tempoyak mmmm best. Sampai tengah malam tak siap2 lagi..he..he..he..
28 Julai 2009
Jom wat tempoyak....
Habis je majlis israk mikraj kitaorang pun lepak2 lepaskan tension.... cool kan keadaan. nampak lak buah durian, so wat pe agi? makan le... buka durian buat tempoyak mmmm best. Sampai tengah malam tak siap2 lagi..he..he..he..
27 Julai 2009
Sambutan Israk & Mikraj SK Lanai 2009
Sambutan Israk & Mikraj 2009
Sabda Nabi Muhammad SAW Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban Bulan Ku, Bulan Ramadhan Bulan Ummat Ku..... Rejab bulan menabur benih Syaaban bulan menyiram tanaman Ramadhan bulan menuai Rejab menyucikan badannya Syaaban menyucikan hatinya Ramadhan menyucikan rohnya Rejab bulan Maghfirah (keampunan) Syaaban bulan Syafaat Ramadhan bulan menggandakan kebajikan Rejab diganda 70 pahala Syaaban diganda 700 pahala Ramadhan diganda 1000 pahala Rejab bulan taubat Syaaban bulan Muhibbah Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya Rejab - Israk & Mikraj Syaaban - Nisfu syaaban Ramadhan - Nuzul Quran & Lailatul Qadar Semoga menjadi peringatan kepada kita yang masih hidup untuk meneruskan amalan amal ibadah dan menjauhkan kemungkaran. Tingkatkan muhasabah diri dan bertaubat semasa masih sempat. Ingat 5 sebelum datang 5 perkara ; 1.Senang sebelum susah 2. Muda sebelum tua 3. Lapang sebelum sibuk 4. Sihat sebelum sakit 5. Hidup sebelum mati
13 Julai 2009
Lawatan Kerja ke Prosdet
Program Anak Angkat Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009
Bermula pada 6 hingga 10 Julai KPM dan JPNP telah menganjurkan satu program untuk Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan. Bertempat di Kuala Medang K Lipis program ini disambut dengan perasmian dan disusuli persembahan sewang dari murid SK Lanai. Atas permintaan pengarah SK Lanai diberi penghormatan untuk mempersembahkan tarian sewang di majlis perasmian di dewan K Medang. Pada hari Rabu pula, SKL telah dipilih untuk mengendalikan aktiviti dan sukaneka di Kg Pantos. Antara aktiviti yang dipersembahkan ialah demontrasi masak nasi dalam buluh, bakar ubi kayu dan menyumpit. Para tetamu dan jemputan diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana nak membuatnya. Pelbagai acara juga turut dipertandingkan dalam acara sukaneka antaranya sudu pingpong, belon air dan bowling kelapa. Tidak ketinggalan acara rebut gula2 turut diadakan. Apa pun meriah lah dan yang penting misi berjaya.
01 Julai 2009
Mentor dan mentee
Langgan:
Catatan (Atom)