26 April 2009

Bersih dan Sucikan Pendapatan

Alhamdulillah setelah sekian lama mengecapi hasil penat lelah bekerja seharian, maka kita memperoleh gaji, elaun dan wang dan pelbagai rezeki dari Nya. Kini tiba lah masa untuk mengumpul bekalan akhirat lak. Pada 27 hb April dua orang pegawai dari Pusat Zakat datang ke SKL untuk menunaikan kewajipan mereka. Peluang ini tidak dilepaskan oleh guru-guru SKL untuk sama-sama menyumbangkan sedikit hasil pendapatannya untuk diinfa'kan. Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Dalam surah Al Baqarah ada disebut " Wahai orang2 yang beriman! Nafkahkanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan kepada kamu dari bumi (bijian dan buahan). ........ Ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
Ingatlah pada diri kita sebenarnya ada untuk orang lain. Semoga kita tergolong dalam golongan yang beriman dan beramal soleh berjaya di dunia dan akhirat...amiiiiin....

5 ulasan:

  1. aku nyer salary, dah kasi zakat.. amin,.. kalo branie,.. zakat arr bebanyok skett.. "ingat pesan umi,.. KEBERKATAN"

    BalasPadam
  2. Kaf Ba Ra Kaf Tan Nun apa die ke..ber..katan bukan keberatan yek...

    BalasPadam
  3. kaf ba ra kaf ta nun ..... SARKIS da

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILLAH YANG PENTING NIAT YANG BAIK AKAN DAPAT GANJARAN TAK DUNIA AKAN DAPAT DI AKHIRAT

    BalasPadam
  5. kebiasaannya manusia nie kadang2 perkara yang tak elok tulah yang suka ditengok suka dibuat suka diperkatakan,,,bertaubatlah sebelum terlambat....banyak yang tak elok drpd elok..terimalah hakikat..ingat mengingati antara satu sama lain barulah berkat hidup kita kat dunia ni,,bukan nak tunjuk baik tp satu kebenaran

    BalasPadam