14 November 2009

Dua Aktiviti Majlis Sekali gus



Syabas dan tahniah buat SKL apabila berjaya dua majlis dalam satu hari iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Pra sekolah beserta majlis perpisahan Tahun 6. Perjalanan majlis juga baik walaupun diadakan pada hari jumaat. Pada majlis anugerah kali ini agak istimewa apabila ada persembahan koir lagu warisan yang disampaikan oleh murid tahun 6 juga diselitkan dengan dramatari. Walau bagaimana pun bertambah hebat lagi majlis perpisahan tahun 6 walaupun dijalankan selepas majlis anugerah berakhir. Selepas solat jumaat dan asar aktiviti dimulakan dengan perlawanan bola sepak di antara tahun 6 dan guru. perlawanan berkesudahan dengan guru menang 7-2. aktiviti kemudian bersambung selepas solat maghrib dan isyak. Selain jamuan majlis dimulakan dengan persembahan senamaerobik yang dipersembahkan oleh murid T5. Diikuti pula dangdut dan persembahan dramatari. Persembahan khas dilakonkan oleh guru2 dengan drama sesat belantara. Dan yang paling sadis apabila acara potong kek dan penutup. Dewan dibanjiri dengan airmata kegembiraan T6 yang terharu kerana diraikan juga airmata kesedihan kerana malam terakhir mereka bersama dengan warga SKL dalam aktiviti kegembiraan begini. Kerana selepas ini tiada lagi SKL pada mereka tetapi SMK.... Good luck

09 November 2009

Tahniah dan syabas





Buat julung kalinya SK Lanai telah terpilih oleh IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk menjalankan satu kajian tindakan mengenai permasalahan murid. Pada kali ini, kajian dibuat terhadap kaum pribumi iaitu orang asli. Cikgu Monaliza Shamsudin telah dipilih oleh IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai penulis jurnal pada kali ini. Jurnal bertajuk Pedagogi Pribumi telah dikeluarkan oleh IPGM KTAA pada baru-baru ini. Satu pengiktirafan yang berharga buat Cikgu Mona dan SK Lanai.