21 Oktober 2009

Perkhemahan pengakap 2009





Bermula pada 17hb Oktober yang lepas seramai kira-kira 83 orang murid SK Lanai yang terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6 telah terpilih untuk meyertai perkhemahan pengakap 2009. Perkhemahan yang telah diadakan di padang sekolah ini telah berjaya menerapkan semangat kerja berpasukan, berdisiplin dan nilai-nilai murni. Pada perkhemahan kali ini para peserta telah diberi latihan mengenai asas-asas pengakap termasuklah pertolongan cemas, ikatan dan balutan, kawad kaki, memasang khemah, membuat gajet an pelbagai lagi. Bertambah mencabar dan seronok apabila aktiviti kepimpinan dan ikhtiar hidup dijalankan. Pada aktiviti kali ini para peserta bukan sahaja diuji kecekapan fizikal sahaja malah minda dan emosi turut diuji. Semangat kasih dan cintakan bumi turut diterapkan apabila setiap kumpulan perlu menanam anak pokok dan membersihkan kawasan dalam aktiviti ikhtiar hidup. Acara pertandingan memasak turut menarik perhatian pada kali ini apabila pelbagai jenis menu sendiri dapat dihasilkan dan dihiasi dengan kretiviti setiap kumpulan. Pendek kata, perkhemahan kali ini amat baaaaguuus. Tahniah PKK dan Pemimpin