17 Ogos 2009

MB pula datang




20hb Ogos baru2 ni SK Lanai telah dikunjungi oleh MB iaitu Dato Adnan Yaakob

12 Ogos 2009

Persediaan Sambutan Merdeka








Tak lama lagi nak sambut merdeka. So kena la buat persiapan sikit. So seperti biasalah masuk hutan cari la kayu ke, buluh ke atau pedar yang boleh untuk gantung bendera.

Syoknya gi rombongan

SKL telah terpilih untuk menyertai program satu malaysia, antaranya perkhemahan di KG Lalang Penjom Lawatan ke Kuantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Putrajaya. Setiap destinasi murid yang berlainan akan menyertai begitulah juga dengan guru pengiringnya. Satu pengalaman yang baru buat murid SKL apabila dapat pergi ke bandaraya di Malaysia ni.

Majlis Resepsi


Seperti kebiasaan apabila ada je kehadiran warga baru ke Lanai ni pasti ada majlis sambutan. Begitu lah yang berlaku pada awal ogos baru2 ni SKL meraikan kehadiran GPK 1 baru iaitu Ustazah Salmah binti Idrus. Ini juga merupakan sejarah juga kerana julung kalinya perempuan menjadi pendtadbir di sini. Selain itu majlis ini meraikan kehadiran dua lagi guru praktikum dari IPGTAA iaitu Dewi dan Linda. Selamat berjuang diucapkan kepada mereka. Sesungguhnya kamu yang antara yang terpilih untuk merasai sendiri pengalaman bersama OA di sini.

11 Ogos 2009

Pendekkan rambut


Baru2 ni awal ogos kitaorang wat operasi untuk cantikkan sikit rambut budak2 lelaki yang agak serabai. Almaklumlah dengar cerita diaorang ni ada yang nak gi rombongan ada yang nak gi perkhemahan so hensem2 la sikit.Pada minggu lepas ada yang pergi ke Kuantan dan ada juga yang pergi ke Kuala Lumpur menyertai program lawatan satu Malaysia. Pada minggu ni lak ada yang ke Terengganu dan berkhemah di Kg Lalang Penjom. Di sekolah macamana lak? Buat persediaan sambutan merdeka.

Tamat praktikum?


Pada hari Jumaat yang lepas pada pengakhiran bulan Julai telah berlansunglah satu majlis yang bernama Jamuan Perpisahan. Yang mana ianya meraikan guru praktikum yang telah tamat tugasannya di Lanai ni. Apa2 pun jasa kalian tetap dikenang. Sepeninggalan mereka ada sedikit contengan tangan yang mereka buat. Kira ok lah tu. Leh juga anak murid kat sini nak lepaskan rindu ok thanks...