30 Jun 2009

Ceramah Motivasi Tuan Qadhi




Alhamdulillah pada 29hb yang lalu guru2 dan staff sokngan dapat dengar motivasi yang disampaikan oleh pegawai pejabat agama islam daerah lipis iaitu Alfadhil M. Fadhli bin Mat Saman. seperti biasalah ceramah nya menyentuh tentang menabung di dunia dan di akhirat. Jangan nak cepat untung je.... kat dalam dunia ni sekarang mana ada yang free... rukun islam yang pertama je free yang kita leh buat tanpa guna duit, yang lain takde duit susah la mau buat. Apa pun semangat juang warga lanai makin tinggi.... caya lah lanai boleh.. lanai world

26 Jun 2009

Heppi besday.... to you...


27hb Jun 1977 adalah hari sejarah buat amin. Pada tanggal ini lah seorang bayi telah dilahirkan oleh emaknya, kat mana tempat nya itu kami tak tahu. Walau apa pun pada tahun ini disambut ala kadar je maklum la budjet ciput majlis lain banyak sangat nak pakai duit. So makan je la apa yg ada yek....

25 Jun 2009

Cabaran di waktu pagi





Pada kali ini cabaran bertambah apabila hujan melanda di Lanai. Sekali lagi cabaran buat kami apabila kereta-kereta perisai tersadai di luar

23 Jun 2009

Selamat pengantin baru buat SU

Pada 27hb ni Sue akan mengadakan majlis kenduri kahwinnya di Jerantut. Jadi semua warga lanai dijemput hadir

SKL akan dikunjungi lagii...

Dengar berita Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah iaitu Dato Shafie Afdal akan datang ke SKL. Bertujuan menyempurnakan program RISDA. So busy la skit. Tidak dilupakan juga Program Khas anak angkat juga turut memerlukan penglibatan SKL anjuran JPKhas. Bersedialah kawan2

Selamat Datang



22 hb baru2 ni warga lanai dikejutkan dengan kehadiran Guru Praktikum dari IPGTAA. Ini merupakan satu sejarah tercatat kerana sebelum ini belum pernah ada guru praktikum ke SKL, kalau ada pun cuma guru LPBS. Tahniah diucapakan kepada guru pelatih KPLI yang terpilih. Semoga mendapat kerjasama dari warga SKL. Cabaran bagi mereka ialah mendidik anak murid Thun 2 dan 3. Syabas diucapkan kepada Norafini dan Liza

Apa sudah jadi?




Malam tu hujan lebat boleh dikatakan seluruh raub dan lipis semuanya hujan. So basahlah jalan almaklumlah belum ditabur batu dan tak bertar. Kalau 4 x 4 takpe lah. Seperti biasa walaupun cuaca panas atau hujan sekolah tetap sekolah... no excuse la. Maka cikgu dan murid pun mestilah ke sekolah. Nak dijadikan cerita MAG5253 sampai la ke jalan SKL. Waktu di tar takde masalah masuk je jalan yang baru disodok ni... emmm cabaran la jawabnya. Tinggal hanya beberapa meter je di sekolah ada pulak naik bukit, jalan tu pulak baru je disodok dan ditabur tanah alamatnya.... berselut la. MAG5253 pecut je naik bukit tayar terus berputar ligat namun kereta hanya separuh je bergerak sangkut hampir di atas bukit. Apa lagi tolakkk... akhirnya... alhamdulillah.

22 Jun 2009

Berita terkini hiburan sensasi




BL terkejut menerima berita terbaru. Garaj kereta di asrama runtuh akibat angin yang bertiup kencang pada petang yang lepas. Antara kereta yang biasa parking di situ ialah Diana, Azrina dan Zana. Walau bagaimana pun tiada yang tercedera cuma kereta berlaku kerosakan kecil. Jadi beringatlah sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan buatlah amalan baik sebelum dikapan. ingattt....

16 Jun 2009

Lawatan Sosial Finalis CCEM





SElaMaT DaTanG di ucapkan kepada semua peserta program lawatan Sosial Hakim dan Finalis Commonwealth Education Good Practice Award 17 CCEM ke SK Lanai. Rombongan lebih kurang seramai 25 orang dari IAB yang terdiri dari Pegawai IAB dan Wakil Negara Commonwelth, selamat tiba di SK Lanai kira2 jam 10 pagi disambut amat meriah oleh warga Lanai dan wakil JPNP dan PPD Lipis. IAB , KPM telah menjadi hos bagi CCEM pada 9 - 14 Jun 2009. Program ini melibatkan para hakim luar negarayang diketua oleh Y. Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha KPM serta finalis dari tujuh buah negara. Sehubungan itu SK Lanai telah dikenalpasti sebagai showcase sekolah indegenious yang terdapat di Malaysia ini. Antara wakil negara yang turut hadir UK , India , Pakistan , Afrika , Papua New Guinea dan sebagainya.

07 Jun 2009

Jom Bersewang



Mesyuarat PIBG dan penyerahan duit KWAMP




Pada 22 Mei 2009

Selamat Pengantin Baru buat Nafisah


Tanggal 6 Jun menjadi tarikh pilihan buat Nafisah dan Sudirman. Kepada mereka diucapkan Selamat Pengantin Baru..... Tahniah kerana berjaya menamatkan tugasan mengganti cikgu Anas.