26 April 2009

Watikah Perlantikan Pengawas



Setelah sekian lama mencari akhirnya terjumpa juga gambar majlis Perlantikan Pengawas. Ini barisan pengawas SKL yang ditugaskan untuk membantu guru dan kakitangan sekolah. Jalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab, itulah pesan dari Guru Besar.

Bersih dan Sucikan Pendapatan

Alhamdulillah setelah sekian lama mengecapi hasil penat lelah bekerja seharian, maka kita memperoleh gaji, elaun dan wang dan pelbagai rezeki dari Nya. Kini tiba lah masa untuk mengumpul bekalan akhirat lak. Pada 27 hb April dua orang pegawai dari Pusat Zakat datang ke SKL untuk menunaikan kewajipan mereka. Peluang ini tidak dilepaskan oleh guru-guru SKL untuk sama-sama menyumbangkan sedikit hasil pendapatannya untuk diinfa'kan. Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Dalam surah Al Baqarah ada disebut " Wahai orang2 yang beriman! Nafkahkanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan kepada kamu dari bumi (bijian dan buahan). ........ Ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
Ingatlah pada diri kita sebenarnya ada untuk orang lain. Semoga kita tergolong dalam golongan yang beriman dan beramal soleh berjaya di dunia dan akhirat...amiiiiin....

23 April 2009

Setakat ke Cameron je....



Hari ni mungkin agak bosan ckit tak tau nak wat menda. So ku capai kunci kete terus memecut mengikut gerak hati ku. Sekali henjut tau2 dah sampai k. medang. Rasa macam nak makan strawberi lak so ......

20 April 2009

Syoknye Membelasah Tomyam Ketam....




Syok nyee naik bot ke Kampung Orang Asli





Begini lah pengorbanan yang ditunjukkan demi untuk mencari ilmu dan pengalaman. Demi untuk menyambut wakil dari negara2 komonwel yang bakal menjengah ke SKL, mereka sanggup belajar bersewang, masak nasi dalam buluh dan berbagai lagi.....

Wajah Keriangan Pra Sekolah & Pemulihan dulu





19 April 2009

Untuk Sape2 yang nak tengok MPV Exora

proton mpv

gambar sebenar

gambar sebenar mpv proton

gambar sebenar mpv proton

protonmpv putih

protonmpv putih

stering protonmpv

stering protonmpv

apa pendapat anda tentang reka bentuk proton ini????

Teringat Kenangan Lama













Masalah nya nak sampai ke sekolah pada waktu dahulu. ...

12 April 2009

Amukan Lebah


Baru-baru ni BL dikejutkan dengan satu berita tergempar yang jarang2 berlaku. Sungguhpun kedudukan jauh di Belantara namun jarang kedengaran warga lanai diserang oleh lebah. Namun inilah yang terjadi kepada 12 orang murid SKL. Ketika perjalanan pulang dari menghantar khemah ke kampung seberang, melalui sedikit semak samun seorang murid Jasmi (bukan nama sebenar) telah mendengar hasutan dari rakannya untuk melontar batu ke arah semak. Berikutan itu, dengan secara tiba2 sekumpulan lebah telah muncul dari semak dan menyerbu ke arah mereka. Dalam keadaan kelam kabut kesemua murid termasuk beberapa orang guru dan ppm berlari untuk menyelamatkan diri. Ada yang sanggup melompat dari motor untuk menyelamatkan diri. Akibat dari peristiwa tersebut beberapa orang murid, guru dan ppm bergegas ke Klinik Sg Koyan untuk mendapatkan rawatan. Sungguhpun demikian tiada kemalangan maut dilaporkan cuma kesan2 kecil sahaja. Kepada semua diingatkan semak yang tenang jangan disangka tiada lebah, malang tidak berbau kecuali di jamban yang pecah. Karam melaporkan.....

09 April 2009

Kabinet Baru 2009

Senarai barisan anggota kabinet Baru Datuk Seri Najib Razak 2009

SENARAI PENUH KABINET 2009


PERDANA MENTERI:Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:Datuk Anifah Aman
Timbalan:1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:Datuk M.Saravanan

Terima Kasih Warga Lanai 2009

Lanai Sentiasa Di kunjungi

Entah ler ngape, sejak akhir2 ni ramai lak pelawat datang menjengah ke Lanai ni. Terutamanya pensyarah IPTAA. Ya lah diaorang datang nak melawat Zaky and Maini kan? Tapi ... ngape diaorang datang tak nak bagitau yek? Suprise.... agaknye ler. Tahniah la untuk Zaky and Maini coz dah selesai dengan jaya nye.
Tapi yang terkini ada yang datang melawat untuk tujuan lain. Ala nak tengok murid2 lanai maklumlah asli lain la sikit ye tak? Ada yang datang nak wat lagu. Ada gak nak tengok diaorang belajar dan kebudayaannya. Apa2 pun tetamu harus dilayan. Betul tak? so layan.....

06 April 2009

Galeri Temasya Sukan Dwi Tahunan 2009




Kedudukan tempat dan pungutan markah yang diperolehi :-
1. Biru 211 2. Merah 208 3. Hijau 198 4. Kuning 182
Perbarisan Terbaik - Merah
Rumah Terbaik- Kuning
Anugerah Juri - Hijau
Keseluruhan - Biru

Bukan kemenangan menjadi kayu pengukur. Tapi apa yang penting..... KERJASAMA. Syabas....

05 April 2009

Temasya Sukan Dwi-Tahunan SK Lanai 2009




Selang setahun SK Lanai sudah pastinya melakukan Temasya Sukan besar-besaran. Begitu lah pada tahun ini Sk Lanai telah mengadakan Temasya Sukan. Pelbagai acara olahraga seperti acara balapan dan padang turut dijalankan. Bertambah meriah lagi apabila acara sukaneka turut dimuatkan. Acara ini bukan sahaja untuk murid-murid sekolah tetapi juga melibatkan orang kampung dan masyarakat setempat. Bertambah berseri dan bersemangat apabila acara perarakan perbarisan dan pertandingan rumah sukan diadakan. Memang meriah... bestnye... Pada Temasya sukan pada kali ini Wakil Pegawai Pelajaran daerah Lipis iaitu En Abd Manaf Mat turut hadir bagi merasmikan sukan pada kali ini. Apa yang menarik pada kali ini ialah gimik perasmian menggunakan nyalaan obor dan seterusnya memaparkan kain rentang terima kasih. meriah....
sekali lagi pujian patut diberikan kepada warga lanai, bukan sahaja hebat di padang dalam bab makan pun meriah, hebat dan yang penting sedap.... betul..betull. Tahniah syabas buat semua. Sukenya sk lanai....he..he..